Wednesday, May 12, 2010

Sate Ikan Kelantan

Nie adalah menu yang agak unik...mungkin hanya terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia... memandangkan tak tau nama makanan nie, aku namakan menu nie "Sate Ikan Kelantan"... (sesuka hati ja bagi nama, tak apa la sebab nie blog aku.. jadi aku punya suka la.. hehehe)...

Sebenarnya aku dah banyak kali makan sate nie.. antara tempat yang aku penah cuba makan nie adalah di Kelantan (Kubang Kerian, Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bahru) dan di Terengganu (Bandar Kuala Terengganu dan Besut). Semua tempat ada kelebihan sendiri tapi yang paling kena ngan citarasa aku adalah di Bandar Kota Bharu.

Sate Ikan Kelantan nie berbentuk bebola yang dicucuk dengan lidi (macam gambar yang kat sebelah tue)... Menurut pak cik yang jual nie, nak buat benda nie mudah cuma perlukan tepung, isi ikan dan sedikit minyak... ikan telah direbus terlebih dahulu diuli dengan tepung.. kemudian digempal untuk menjadikan bebola ikan...(maaf, cara nak buat dia kata rahsia .. so tak leh la nak kongsi, cuma leh bagi tau sikit-sikit ja)...

Sate Ikan Kelantan selalunya dijual sama ada 5 batang =RM1 atau 4 batang =RM1... murah bukan, memang tak dapat la kalau nak beli kat tempat lain... (yang penah saya rasa range harga nie ja... kalau ditempat mungkin lain.. Allahualah).. Sate nie dibakar atas bara arang dalam 1-2 minit ja.. sebenarnya untuk tujuan memanaskan memandangkan ikan yang digaul dengan tepung telah direbus lebih awal..Kemudian sate nie akan dicelup ke dalam balang perisa pencicah yang kita pilih....

Terdapat 2 pencicah yang selalunya ada, yang pertama mesti la agak manis.. kebiasaannya disebur sebagai pencicah "biasa" (biasa la masakan Kelantan kan manis).. manakala yang kedua pedas.. kalau tak percaya nanti waktu beli penjual akan tanya "colek biasa ka pedas?"... colek tu pencicah la....

Gambar kat sebelah tu leh la tengok macam mana sate ikan kelantan tu dibakar atas arang... Yang dekat depan tu kan ada 2 bekas, yang pertama tu tak ada tudung.. ha'a.. yang tu adalah pencicah biasa... yang satu lagi tue yang tudung warna hijau tu pencicah pedas...

Kepada mereka yang tidak biasa dengan makanan orang Kelantan, anda adalah dinasihatkan untuk mencuba pencicah pedas...

Tu ja la menu untuk hari nie... Overview aku makanan nie ok sebab ada protien ngan karbohidrat, mungkin boleh improve sikit lagi kalau masukkan sedikit bahan berasaskan sayur-sayuran.. baru la jadi menu sihat... hehehhehe.... Apapun menu nie tetap sedap dan harap akan jadi menu evergreen untuk penduduk Pantai timur.... Apa-apa boleh la komen... Maaf bahasa nie agak simple dan lepak... hehhehehe

2 comments:

  1. ooo...ada blog baru rupanya...

    org kelate panggil makanan 2 loceng la..
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. o0o0o...
    terima kasih kerana sudi bagi tau nama sebenar makanan nie..

    ReplyDelete