
Meriah dan happening! Itu yang boleh katakan semasa bersama pembaca & orang ramai yang berbilang kaum di Hari Susu Sedunia yang diadakan di Pavilion KL, Bukit Bintang jam 10 pagi pada 30 Mei lalu.
Event ini telah mencatat satu sejarah di mana satu rekod baru dalam Malaysia Book of Records!! (MBR). Syabas kepada penganjur iaitu Dutch Lady atas kejayaan menganjurkan event ini! Penganugerahan sijil MBR ini telah disempurnakan oleh pengasas dan Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi kepada Pengerusi Dutch Lady Milk Industries Berhad, Dato’ Zainal Abidin bin Putih dan Bas van den berg, Pengarah Urusan Syarikat jenama tenusu yang terunggul itu.
Bagi setiap yang hadir, Dutch Lady Malaysia telah diberikan susu UHT percuma dalam dua perisa iaitu coklat dan rendah lemak! Lebih kurang lebih 250,000 pek susu UHT Edisi Terhad World Milk Day telah dihadiahkan secara PERCUMA kepada semua! Semua kutipan derma hasil jualan produk Dutch Lady akan disalurkan kepada Yayasan Nur Salam bagi membantu membiayai perbelanjaan pentadbiran harian bagi program sukarelawan mereka.
Bintang selebriti terkenal yang turt serta dalam program ini adalah Amber Chia, Reshmonu, Sasha Bashir, Najwa, Shahrizan Borham dan Alif Satar. Selain daripada itu, pasukan berseragam ( Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia), kelab kereta – Honda, Peugeot dan Perdana V6 Malaysia serta pasukan aktivis AMP Radio Network dan Media Prima Berhad turut memeriahkan Hari Susu Sedunia 2010.

Special thanks to : budiey as main contribute to this post.
No comments:
Post a Comment