Monday, May 17, 2010

Roti Gajah

Nie merupakan antara kuih unik di Jertih dan Besut, Terengganu. Mungkin antara trademark kepada peniaga kuih-muih tradisional di sini.... Ha’a... kalau nak tau, kuih nie dipanggil Roti Gajah oleh penduduk setempat.... (nampak pun kuit.. macam anak gajah ja bentuknya... cuma warna pink tu nampakpelik sikit la... hehehehehe).... Kebetulan kuih ini ditemui ketika aku mencari benda untuk dimakan sebagai sarapan pagi ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.....(ada urusan kerja sikit)....


Kuih ini dibeli di Pasar Tani Kuala Besut, berhampiran dengan jeti ke Pulau Perhentian….Untuk makluman, Pasar Tani ini dibuka dua hari iaitu pada hari Isnin dan Jumaat….. Tapi menurut penduduk sekitar, Pasar Tani Kuala Besut pada hari Jumaat lebih besar dan menawarkan pelbagai barangan dan makanan berbanding pada hari Isnin.... (time aku singgah tu hari Jumaat, memang banyak la benda yang dijual terutama pakaian dan kasut bandle…. barang dapur pun banyak gak…)

Makcik yang jual kuih nie menawarkan harga jual Roti Gajah nie dua seringgit…. (2 biji = RM1.00)… (sepanjang aku pusing kat pasar tue, hanya mak cik nie ja yang offer kuih nie…. tak dak dah aku tengok dalam pasar tue, mungkin juga kat tempat lain…) disebabkan rasa membuak-buak nak try, aku beli la seringgit, so dapat la dua biji Roti Gajah…

Waktu nak try makan roti nie, aku lepak kat kedai kopi lama.. aku disapa oleh seorang pak cik yang tak sangka ada orang muda nak makan lagi kuih nie... pak cik tue cerita kuih nie dulu popular di Jertih... kalau beli dulu seriyal(sama macam seringgit), boleh dapat 5 biji.... Pak cik tu pun bagi tau kuih nie dibuat dari tepung gandum, gula, air dan bahan pewarna... Setelah try Roti Gajah nie, rasanya ada lemak sikit, tidak manis sanggat tapi liat. sikit.. tapi nak habiskan sebijik pun susah, bukan pasai tak sedap tapi tak biasa...

Nie pandangan aku, kalu nak lebih u’mmm makan kuih nie... cicah ngan air kopi o panas... sedap.. conform, aku boleh bagi garenti la... Kuih nie kira ok la untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga terutama kepada petani dan nelayan... (memang kawasan sekitar nie terdiri dari nelayan dan petani.. hehehehe)...... dan juga mereka-meraka yang penyabar.... sapa yang nak rushing, ataupun dalam kecemasan makan lain kali la.. sebab lambat nak habis... hehehehe... Selamat Mencuba... Satu lagi kuih evergreen Utara Terengganu...

No comments:

Post a Comment